kalamullah..

Friday, October 29, 2010

Sketsa di fatrah mendebarkan bagi seorang mahasiswa..



Alhamdulillah. Sudah tamat segala lecture, munaqashah, assignment, amal sanah dan sebagainya, ini menjadi bukti bahawa semester ini akan berlalu dan semua mahasiswa akan menghadapi satu fatrah yang agak rumit sepanjang semester berada di kampus, iaitulah fatrah imtihan akhir semester.

Firman Allah SWT: 'Demi sesungguhnya! kami akan menguji kamu dengan secebis perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar'. (Al-baqarah: 155)

Adakah benar fatrah ini merupakan rumit ataupun ada yang rasa selesa dengan keadaan jarak antara paper exam yang jauh, rasanya setiap course lain kondisinya. Rasa simpati hadir apabila bertemu adik-adik junior dari course syariah tahun 3 yang mengadu jadual exam yang terlalu padat, hinggakan sehari 2 madah dan esoknya ada lagi, ada juga suara yang mengadu di jabatan kuliah, tetapi katanya jika dipinda satu madah, keseluruhan akan ada kesannya. Inilah antara karenah exam yang dihadapi sebahagian dari mahasiswa kita. 

Namun, terkadang mencuit hati apabila melihat keletah teman-teman di fatrah ini yang sibuk meng'copy' nota-nota dari sahabat masing-masing, mencari soalan-soalan tahun lepas, tak lupa juga jika yang berusrah akan mengadakan bacaan yaasin, di asrama pun sama. Fenomena ini takkan dapat lari dari kehidupan seorang mahasiswa yang memandang sijil adalah satu wasilah untuk kita bergerak lebih maju ke hadapan.Semua usaha yang kita lakukan adalah mengharapkan kejayaan dalam final exam nanti. 

Suka untuk ana mengajak kita mengkaji satu hikmah yang dirakamkan dalam firman Allah SWT: 'Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga' (At-taubah: 122)

Ayat ini menyebut berkenaan tuntutan untuk kita menuntut dan mencari ilmu semaksimum mungkin sehinggakan gugur tuntutan untuk kita turun berjihad (sekiranya datang seru). Hikmah yang kita dapat di sini ialah golongan yang menuntut ilmu sama tarafnya dengan para mujahid di medan perang. Rasa terlalu tinggi darjat ni jika nak dibandingkan dengan menuntut ilmu di INSANIAH tak la komplikated sangat. Layakkah kita semua sebarisan dengan para mujahidah, walaupun menuntut ilmu ni pun salah satu jihad juga. Beruntunglah kita semua terpilih untuk berada di sini.



Satu pagi, ada seorang sahabat dari Thailand menyoal ana tentang bagaimana ilmu yang kita tuntut betul-betul dapat manfaatnya, contohnya ilmu berkenaan pemikiran, ideologi dan sebagainya. Ana tertarik dengan soalan yang ditujukan dan merasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi dengan dia apa yang kita selaku pelajar jurusan Islam boleh mengaplikasikan ilmu semaksimum mungkin. 

Pandangan ana, yang paling penting untuk kita menuntut ilmu adalah ikhlas, ana menyoal dia semula berapa  kerat pelajar yang hadir ke lecture hanya nak lepas dari syarat menduduki exam semata-mata, katanya ramai. Semua akui gejala nilah yang menjadi penyakit pelajar di institusi Islam yang jauh dari keberkatan dalam menuntut ilmu kerana tiada niat kerana Allah. Merujuk kepada soalan tadi, jika keberkatan dalam ilmu tiada jauh lagilah ilmu itu dapat dimanfaatkan. Keduanya, kuasai serta fahami apa yang hendak dicapai atau objektif serta maudhu' utama yang dibahaskan dalam setiap madah yang kita pelajari, Insya Allah bila kita dapat kuasai banyaklah kegunaannya. Kita belajar bukannya nak lepas atas paper exam ja. Cukup, 2 ja yang ana kongsi dengan dia pagi tu cz, DR. dah melangkah masuk.

Satu lagi kisah sketsa teman ana dari China, dia antara yang ana kagumi, bukan apa terlalu banyak keadaan kritikal yang dia hadapi sepanjang hampir 4 tahun di sini, terkadang masalah komunikasi dengan pentadbiran, kewangan, tempat tinggal, maklumat-maklumat pengajian yang kabur dan sebagainya, tapi dia begitu istiqamah dengan study, malah kefahaman mengalahkan orang Melayu yang terkadang Lecturer melayu bertutur dalam B.M. Hampir satu ketika dia antara pelajar yang tak dapat grad semester  depan atas kesilapan slip, tapi alhamdulillah segalanya dah selesai. Hikmah yang ana nak selit di sini ialah muqaranah di antara kesungguhan kita dan pelajar Cina study memang tak boleh dibandingkan. Mungkin kita terlalu dimanjakan oleh waqi' rasanya, tetapi lain dengan teman ana ni mereka datang kesini memang dengan penuh keikhlasan serta kesungguhan kerana kelak bila mereka pulang ke tanah air, masyarakat mereka amat memerlukan mereka. Kita pun aset masyarakat nanti kenalah tandingi mereka..

Sedikit bekalan dan peringatan buat ana dan teman -teman seperjuangan untuk sama-sama kita membina diri selaku ummah yang benar-benar mengaplikasikan potensi yang ada pada kita selaku ummat Islam:-
1) Mengubah attitud dari format dan simbol kepada hakikat dan “sabstance”
2) Dari retorika dan perdebatan menuju penerapan dan tindakan.
3) Dari sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah.
4) Dari orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utama.
5) Dari menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembira.


Akhir kalam, apapun yang kita alami sepanjang satu semester lepas harap-harap ianya menjadi satu peristiwa yang boleh mamatangkan kita selaku mahasiswa terutamanya bagi yang dah sem akhir, tak sabar rasanya untuk menamatkan pengajian dan menempuh waqi' study di luar pula. Yang penting di mana pun kita, kita tak lepas dari memikul amanah yang begitu penting iaitu sebagai hamba Allah. Jangan kita lupa amanah ini, sekali tersilap langkah selamanya kita akan jauh dari rahmat Allah SWT.  Salam imtihan.

2 comments:

  1. salam imtihan..
    Doakan kejayaan kita bersama.
    Nota istisyraq, jgn luper yer.=)

    ReplyDelete
  2. I/Allah.. B'sama kita m'kaji k'lemahan musuh m'lslui Istisyraq.. :)

    ReplyDelete