kalamullah..

Thursday, December 30, 2010

KITA SIBUK DENGAN APA YE?

Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.

Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
1.    Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat.
2.    Bermunajat kepada Allah setiap malam.
3.    Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari.
4.    Berperang di jalan Allah.
5.    Melayani isteri-isteri.
6.    Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya.
7.    Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain.
8.    Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi).
9.    Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin.
10.  Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :
1.    Kerja
2.    Keluarga (isteri dan anak-anak)
3.    Melangsaikan hutang
4.    Main facebook, nengok Youtube dan lain-lain.

Renungkanlah kata-kata ini pula :

-       Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
-       Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
-       Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. -Al-Imam Ghazali-

Saturday, December 18, 2010

MAQASID AS-SYARI'AH


maslahat
Maqashid adalah jamak dari “maqshid”Menurut bahasa, maqshid bererti tujuan. Sedangkan dalam istilah para ulama, Maqashid Asy-Syari’ah adalah: tujuan-tujuan yang ingin diwujudkan oleh syariat Islam sebagai alasan diturunkannya, demi kemaslahatan hamba-hamba Allah.

Wednesday, December 15, 2010

Bagaimana membentuk SINERGI..



Baru-baru ni, ada seorang junior minta penjelasan berkenaan apa itu sinergi. Maka, dengan semangatnya kita menjelaskan bahawa sinergi ni adalah gabungan ukhuwah bersama keimanan yang membentuk formula 1 + 1 = 3. Kenapa jadi 3?? 

Baitul Muslim = Cari Jodoh? Saya kata tidak.

Baitul Muslim Apakah Yang Kamu Fahami Selama Ini?

Ada yang mengemukakan kepada saya, pandangan bahawa ada yang menyatakan yang Muslimah pada zaman ini lembik kerana hanya tahu memikirkan Baitul Muslim. Dinyatakan bahawa, mereka ini hanya tahu membincangkan Baitul Muslim, tetapi tidak tahu membincangkan perjuangan ummah. Sebab itu mereka ini lembik.

Saturday, December 11, 2010

KUASA MAHASISWA..

Mahasiswa Di Malaysia:

Putrajaya, 3.30 : Kira-kira 200 mahasiswa berhimpun memprotes kenaikan harga bahan api dan gula di Masjid Putrajaya sementara tiga orang ditahan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya ketika menyertai himpunan selepas solat Jumaat tengahari tadi.
Tiga mahasiswa tersebut antaranya Mohd Ridzuan Othman, Setiausaha gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Syukri Abd Razab, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS dan Mohd Syahruldeen, wakil aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Mereka ditahan ketika perarakan pulang setelah berjaya menghantar memorandum yang diserahkan oleh Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Mohd Hassan kepada wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Moin Omar di luar pintu pejabat JPM.
Pihak polis dan FRU dilihat mengerumuni lokasi perhimpunan ketika perarakan tersebut berlangsung sambil mengarahkan kumpulan mahasiswa yang berhimpun segera bersurai. Pihak polis juga cuba bertindak ganas ketika kumpulan siswa tersebut melaungkan slogan ‘Hidup Mahasiswa’ dan ‘Student Power’.
Turut hadir Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Shazni Munir Mohd Ithnin, Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak, Mohd Syahid Mohd Zaini dan aktivis mahasiswa lain.
Memorandum yang sepatutnya dihantar kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak itu mengandungi bantahan mahasiswa terhadap kenaikan harga petrol, diesel dan kenaikan harga gula.
Sebelum ini, bertarikh 3 Disember lalu, kerajaan telah mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. – Mahasiswakini
Mahasiswa Di London:

Mahasiswa London turut berdemonstrasi memprotes usul kenaikan harga yuran yang dibawa oleh kerajaan di luar bangunan Parlimen semalam.
Perhimpunan kemudiannya bertukar menjadi ganas apabila pihak kerajaan memenangi usul dengan kemenangan tipis, 323 meyokong dan 302 membantah usul menaikkan had maksimum yuran tahunan di universiti bermula tahun 2012.
Yuran asas kini akan meningkat kepada 6000 pound dengan had maksimum 9000 pound berbanding 3290 pound sekarang.
Mahasiswa yang memprotes turut menyerang dan melempar cat kepada Putera Charles dan isteri yang melalui kawasan tersebut menaiki kereta diraja. – Sumber Berita Harian.
- Apakah perbandingan yang dapat kita lihat di sini, kedua-dua peristiwa adalah dicetuskan oleh mahasiswa, tetapi mengapa tiada penangkapan dibuat di London sedangkan penunjuk perasaan bertindak ganas lagi dengan melempar cat kepada rajanya. Di Malaysia, belum sempat membuat ucapan untuk menyatakan pendirian sudah disekat dan ditahan untuk bersuara, malahan ditahan untuk siasatan lanjut.
"Sebaik-baik pemimpin ialah yang meletakkan keadilan di hadapan"

Monday, December 6, 2010

Kuasa Kepemimpinan Al Fateh (IQ-EQ-SQ)

I'm proud to be a Muslim..

Hijrah agung Kekasih Allah.. Tiada hijrah.. tiadalah nama Islam pada hari ini.. Agungnya pengorbanan Saidina Ali r.a. menggantikan tempat beradu baginda. Atas semangat juang yang tinggi, nyawa gantinya. 

Menyelusuri semula detik-detik penghijrahan Nabi Muhammad SAW, terdapat 1001 hikmah yang memungkinkan tersebarnya Islam pada hari ini. Bagaimana kita nak menolak kehebatan baginda SAW jika dalam durasi lebih kurang 23 tahun sahaja baginda telah berjaya membentuk sebuah daulah Islamiyah. Manakala sejurus kewafatan baginda, dakwah baginda terus marak dipelopori oleh pelapis-pelapis yang mendapat tarbiyah daripada baginda sendiri sehingga Islam mampu menguasai 1/3 dunia.

Selaku umat Islam, tidak dapat hindar dari perasaan bangga kerana terpilih sebagai umat Muhammad SAW. Rasa gembira melihat umat ini bermula saat hijrah Nabi SAW hingga datangnya pahlawan-pahlawan Islam seperti Khalid Al-Walid, Salahudin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh yang habis-habisan berjuang demi meletakkan kalimah Al-Haq di maqam yang tertinggi..

I'm proud to be a Muslim.. Salam Ma'al Hijrah 1432..


Wednesday, December 1, 2010

'I-Centric' VS 'We-Centric'



Melihat suasana kelesuan dakwah di kampus pada hari ini, terfikir juga mungkin isu I-centric mungkin membelenggu pemikiran serta tindakan sebahagian kita. Artikel ini mungkin boleh dijadikan ibrah untuk kita membuat satu perubahan dalam usaha kita menjalankan amanah selaku hamba Allah ini dengan lebih efektif. Insya Allah..

Srikandiku!! Jalan ibadah amat luas untukmu..



Wahai saudari-saudari muslimahku,
Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haid tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya.