kalamullah..

Friday, January 28, 2011

WAHAI SI MANJA.. JANGAN FIKIR BAB DAKWAH & PENGISLAHAN DIRI..




-  Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang malas.
- Dakwah BUKAN untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
- Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down, 
   sekejap up, cepat terasa.
- Tarbiyyah BUKAN bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan 
  mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
- BUKAN untuk orang yang mencari Tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau 
  tak, batang hidung pun tak Nampak.
- BUKAN bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau 
   ikhwah sebagai sang isteri dan suami.
- BUKAN yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman seperjuangan bila dia 
  dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tidak berkongsi 
  dengan orang lain.
- BUKAN yang cepat mengalah.
- BUKAN yang meletakkan mabit, qiamullai dan daurah dalam diari hanya selepas 
  ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting yang lain.
- BUKAN yang hanya pandai cakap (dan menulis) tapi amal kosong.
- BUKAN yang hanya compare kumpulan itu dan ini, yang boleh mengkritik dan menilai 
   persatuan itu dan ini.
Dakwah BUKAN untuk orang yang ikut Liqa’ hanya akan disebut sebagai ahli dalam 
  persatuan itu dan ini.
Dakwah BUKAN untuk orang yang tidak boleh diberikan tugasan last minute.
Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq ke jalan Allah.
Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah BUKAN bagi orang yang ada program untuk ikut terlibat, mesti naik kereta 
   besar dan mewah, yang air-cond dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport dan 
   yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang contact dan info dia tentang perkembangan 
   terkini sedangkan dia kena macam boss,hanya tunggu information.
Dakwah BUKAN bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan 
    berharta, yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang yang susah, 
    miskin, dan pakai comot.
Dakwah BUKANlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini 
    dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


Tanpa anda (orang yang sering beralasan ini) dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Wassalam,
Asrar.

Sumber: muallim.blogspot.com

AMAL ISLAMI


Setiap orang Islam wajib menceburkan diri dalam organisasi tidak kiralah sama ada solat berjama’ah di masjid, bergaul dengan orang ramai, dan bekerja di dalam organisasi Islam. Tidak ada pengecualian terhadap orang Islam untuk tidak terlibat dalam berorganisasi. Hal ini bertepatan dengan hadis nabi SAW yang bermaksud, “Wajiblah kamu bersama-sama jama’ah Muslimin dan pemimpin mereka.”

Saturday, January 15, 2011

Quranic Generation?? Ade ape denganye!!..


Salam alaik! Apa khabar iman sahabat-sahabat semua??? Moga-moga iman kita semua sentiasa sihat walaupun iman kita ni ~yazid wa yanquz~ iaitu adakalanya meningkat mendadak seperti harga minyak petrol dan adakalanya menurun seperti terjunamnya graf berkadar sonsang…Tapi apapun, hakikatnya, kita sendiri yang menentukan kadar turun dan naiknya iman kita..Betul tak?? 

‘ I think sometimes the usrah did insult my intelligence! '



‘I think sometimes the usrah did insult my intelligence! ' Aku terkesima mendengar kata-katanya. Memikirkan apakah perkara yang telah berlaku sehingga lidahnya betah berkata-kata demikian rupa. ‘Saya bukan nak cakap saya ini pandai, tapi saya rasa kadang-kadang usrah itu macam usrah picisan!’ Aku tidak membalas kata-katanya, memohon agar dia meneruskan kata-katanya. Sambil itu aku sendiri merefleksi akan kebenaran kata-katanya. Pernah juga aku berperasaan demikian, tapi perkara itu berlaku hanya sekali-sekala, kebanyakannya di waktu ketika naqibah tidak melakukan persediaan yang cukup untuk usrahnya. ‘Usrah mana yang awak ikut ini sampai awak cakap camtu?’ saya bertanya lembut.
 
Tentu dia bukan anak usrah saya jika saya bertanya demikian. ‘Adalah satu usrah ni saya pernah attend, lepas tu saya rasa macam saya tak dapat apa-apa langsung dari usrah itu sendiri. Saya takleh nak relate apa yang saya belajar itu untuk diri saya.’ Saya tidak membantah kata-katanya. Kadang-kadang sebagai murabbi, kita suka syok sendiri dengan pengisian kita dan kadang-kadang kita lupa untuk memberi pengisian sesuai dengan keadaan mad’u kita itu. ‘ Sebenarnya time usrah itulah tempat untuk kite tegur/ tembak adik-adik kita itu. Tempat mereka berubah. Usrah bukan tempat mentransfer ilmu‘ teringat kata-kata seorang ukthi padaku. Hasan albanna mengajar kepada kita akan 3 rukun usrah yang telah lama kita hafal tapi mungkin sangat kurang perlaksaannya secara amali.
 
Itulah dia taaruf- tafahum- takaful Rasulullah bersabda: ‘Kasih sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang beriman adalah ibarat satu tubuh.’ Rata-rata kita tidak cukup mengenali anak usrah kita sendiri sehingga usrah kita itu relevan untuk mereka. Kerana itu mungkin usrah kita itu dikatakan usrah yang picisan. Usrah yang tidak merubah perasaan mahupun hati mad’u yang mendengar.
 
‘Aku rasa kalau akak tu kasi usrah yang best-best mesti aku ikut.. Takdelah cakap pasal hasan al-bana je, bosan arh!. Sekarang aku dah malas dah.’ Itu jawapan rakan sekelasku ketika aku bertanya kenapa dia cuma datang usrah sekali sahaja.
 
Mungkin kerana sikap kita, mungkin juga kita terlalu cepat untuk memberikan sesuatu, menyebabkan proses taaruf kita itu belum cukup matang bagi kita untuk memberikan sesuatu yang sebenarnya terkena pada mad’u kita. Kadang2 kita terlalu nak mengkhatamkan silibus, nak pastikan dia dapat banyak bahan,
sedangkan kita lupa untuk menghadamkan dia dengan kefahaman. Kita lupa untuk memandu dia dalam dakwah, kita kurang masa interaksi dengannya sehingga kita tak tahu apa yang perlu kita ubah dalam diri dia..

Mungkin sebab itu kadang2 usrah kita itu digelar dengan usrah picisan! ‘ Aisyah, apasal rasa cam high level sangat usrah kita ni? Nape tak cakap tentang benda-benda simple sahaja?’ pernah anak usrahku menegur saat aku membentangkan tajuk ‘ar-ridha’. ‘Ini bukan simple ke sebenarnya?’ dan aku perasan sendiri yang anak usrahku faham apa yang aku bentangkan sedangkan mereka tidak.
 
‘Untuk permulaan usrah, tak perlu terus bentangkan materi usrah dalam arabic tu, bentangkan benda2 simple dahulu, lama-lama tu baru kasi pengisian yang berat sikit,’ seorang ukht pernah menegurku. Dan di saat itu, aku sangat eager jika aku dapat menghabiskan silibus usrah walaupun mungkin materi usrah mungkin tidak relevan dengan keadaan mad’uku. Makcik Zah pernah bercerita pada kami, ‘ Antum dah kene prepare untuk next usrah bile sahaja usrah antum habis untuk minggu itu’
 
Berapa ramai antara kita ketika membentangkan bahan usrah hanyalah membuat persediaan sejam sebelum bermulanya usrah? Atau berapa ramai antara kita tak bersedia langsung? Maka adakah wajar kita berharap mad’u kita akan menjadi lebih baik dari kita? Tentu sahaja, persediaan itu bukan sekadar persediaan bahan material itu sahaja, tetapi persediaan dari sudut amalan kepada apa yang nak disampaikan. itulah yang selalunya yang kita gagal untuk lakukan…
 
Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya sedkit yang mampu bersabar ketika beramal, dan sedikit di antara yang sabar ini yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan amal nekad’ ( Hasan Al-Banna)
 
Aku bersyukur ada manusia yang sudi menegur kelekaan manusia bernama daie ini. Alangkah bagusnya jika ramainya manusia seperti beliau, yang mengetuk kepala dan hati manusia yang tidak suci dari dosa hanya setelah memakai pakaian duat. Dengan ini sajalah kita dapat tahu, sejauh mana kite telah pergi dari sudut amal dakwah kita.
 
Kenallah dengan mutarabbi kita dengan sepenuh hati kita. Kenali kelemahan dan potensi mereka. Peka dengan turun naiknya emosi mereka. Jadilah manusia yang dekat di hatinya.
 
Moga tiada lagi istilah usrah picisan dilontarkan ke muka kita. Moga-moga usrah kita menjadi usrah harapan ummah, wasilah mencetak manusia seperti Mus’ab mahupun Rumaisa bin Milhan..

Wassalam.
Asrar

Sumber: halaqahonline.net

MINAL QALBI ILAL QALBI..


'Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. Saya nak...' Husna mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan kumpulan dakwah yang ia sertai selama ini.


Fikiran Husna menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Husna akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu 'bekerja' sekarang kerana tarbiyah.

Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tak tau mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya.

Namun ketika mahu dia luahkan pada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya sehingga Husna tak sampai untuk mengucapkannya.

'Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita' Begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah di hati.

Fenomena di atas bukanlah sesuautu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta berguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. 'Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun'.

Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama.

Kisah Husna adalah satu contoh. Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman halaqahnya.
Kuncinya adalah berterus-terang


Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod) yang ada di dalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian.

Dakwah


Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad'unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.

Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab bin Malik di perang Tabuk pada Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil berkata, 'wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu."

Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kita semua akan erti keterbukaan, berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya. Ketika seorang mad'u berterus terang akan kesalahannya, makan akan legalah hati, walaupun mungkin ianya memalukan. Di saat itulah motivasi rohani dari murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk mengupgradekan langkah-langkah yang sudah tertinggal.
Eratkan kembali ukhuwah

Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya, masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah, insyaAllah.


Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan(transfer) ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.


Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup dalam kesatuan fikrah. Tarbiyah bukanlah segalan-galanya, namun segalanya-galanya bermula dari tarbiyah.

Sumber: Halaqahonline.net

Thursday, January 6, 2011

KULLU 'NTIMA' FIIHI IBTILA'

Salamun a'la manit taba'al huda..

Satu episod perjuangan di bumi barakah telah pun berlalu. Episod tarbiyyah siasiyah telah pun dilalui dan akan terus dilalui oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Tasawwur tarbiyyah Islam semestinya bersifat syumuliyyah, merangkumi tarbiyyah 'aqliyyah, ruhiyyah, jasadiyyah, amniyyah dan termasuk siasiyyah. Tarbiyyah siasi merupakan tarbiyah teramat berat, kerana di hadapan menjanjikan kita dengan pelbagai ibtila'. 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُواْ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk meneg
akkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. AL-MAAIDAH : (35) 



TASAWWUR IBTILA' DIHADAPI RASULULLAH 
Jikalau tiada ujian mungkin tidak dipanggil perjuangan namanya, kerana dalam sirah perjuangan RASULULLAH baginda menghadapi pelbagai ibtila' tatkala dilantik menjadi Rasul. Di lontar dengan batu sehingga berdarah tatkala menyeru umat kepada Tauhid di bumi Ta'if, diugut bunuh oleh golongan musyrikin, dan sebagainya. 

Cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. :

Hakikat perjuangan Rasullullaah juga berhadapan perang saraf hinggalah cubaan-cubaan untuk membunuhnya. Baginda bersama-sama dengan para sahabat baginda turun ke medan perang, berjihad mempertahankan aqidah sanggup mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan harta benda semata-mata memperjuangkan ajaran yang suci ini.

1. Perang Saraf Dalam usaha untuk melumpuhkan daya juang Rasulullah s.a.w., kaum jahiliyah telah menggunakan segala taktik psikologi yang tidak ada langsung kesopanan.

2. Mereka menggunakan ejekan dan kejian serta mempersendakan Rasulullah s.a.w. supaya baginda akan patah semangat dan meninggalkan perjuangan.

Semua ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 

“Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebgaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad) : “Maha Suci Tuhanku! Bukanlah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?” (Al-Isra’: 90) 

INTIMA' WA IBTILA'

Sememangnya apabila menggabungkan diri (berintima') dalam satu perjuangan Islam, kita sudah meletakkan diri atau menjualkan diri kepada Allah. Bergabung kepada Islam berasaskan keimanan, keyakinan, kesedaran, keinsafan, tanggungjawab dan kewajiban sebagai khalifah Allah di alam ini adalah asas yang perlu menjadi keutamaan. Setelah melalui proses intima' yang berterusan kita sering berdepan dengan pelbagai ujian sama ada berbentuk senang dan susah. 

Ujian berbentuk kesenangan, kekayaan, pangkat, jawatan, populariti, kecantikan dan sebagainya sering kali kita terlupa bahawasanya perkara tersebut adalah satu ujian. Ujian berbentuk mental juga sering menganggu tatkala memikirkan kelemahan diri dan pelbagai masalah peribadi, kesusahan, kesedihan, kelaparan dan takut di mana sedikit memberi kesan kepada proses intima'. Ujian-ujian ini telahpun dilalui oleh mereka; Nabi Yusuf (kehandsoman), Nabi Muhammad s.a.w (susah dan senang), Syed Qutb (kesusahan sehingga ke tali gantung ), Hassan al-Banna ( syahid ditembak), Siti Hajar, Zainab al-Ghazali al-Jubaili dan banyak lagi contoh dari sejarah yang berlaku. 

Apa yang menjadi kerisauan yang sentiasa bermain difikiran ialah kemampuan untuk thabat dalam berintima; dengan perjuangan Islam. Lantaran pelbagai ujian yang dilalui dari segenap sudut sering kali membuatkan diri lemah. Kerisauan dengan penyakit-penyakit yang muncul dalam ibtila (ujian), futur, isti'jal, ittibaulhawa (ikut hawa nafsu) dan lemah dalam beriltizam sentiasa bermain dalam fikiran. Sering kali simptom-simptom ini kelihatan pada diri tatkala luntur pada ketaatan, kurang prihatin, dan sebagainya. 

Akhir kata selamat berjuang kepada sahabat-sahabat, semoga sentiasa bergantung kepada-Nya dalam menghadapi ujian-uijian yang bakal dilalui. 

لَا تَهِنُواْ فِى ٱبۡتِغَآءِ ٱلۡقَوۡمِ‌ۖ إِن تَكُونُواْ تَأۡلَمُونَ فَإِنَّهُمۡ يَأۡلَمُونَ كَمَا تَأۡلَمُونَ‌ۖ وَتَرۡجُونَ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا يَرۡجُونَ‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 

Dan janganlah kamu berhati lemah (hilang semangat) dalam mengejar mereka (musuhmu). Sekiranya kamu menderita kesakitan , maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa';104) 

~ Salam Perjuangan buat rakan mahasiswa ~ Ujian perlu didepani bukan dihindari ~