kalamullah..

Tuesday, November 2, 2010

USAI 1st EXAM PAPER


Etnografi, parsimoni, kebarangkalian, Deskriptif.. semuanya istilah-istilah yg seringkali diulang sebelum melangkah ke dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pelbagai kerenah teman-teman di dalam dewan apabila agak komplikated soalan yang naik. Sudah lumrah, tak semua yang kita jawab adalah berdasarkan apa yang kita baca dalam buku. Tidak sekali-kali. Kebanyakkan berdasarkan pemerhatian, pandangan, serta pena'kulan terhadap persekitaran. Kenapa perlu resah jika tak semua yang kita baca tak disoal.
Kesimpulannya, Metodologi kajian memang best!! Next sem, kita sama-sama terima resultnya ye..

Habis saja metod terus teman2 study ajak bincang madah usul fiqh. Ok gak.. daripada ana yg macam malas nak baca,
bila diajak discuss dapat juga input. Kalau seorang confirm tak terbaca. Perbincangan agak singkat pada petang tu,
mungkin juga sahabat2 ada yang penat kerana sepagi dah berjuang kan. Maka, perbincangan u.fiqh disingkatkan.
Sebelum ni ada deal dengan junior2 naqibat dari kuliah muamalat (SMART CIRCLE). Bukan apa, usrah ana, adik2 semua
cakap nak jumpa lepas exam, jadi rasa rugi pula sepanjang exam ni kalau masa kosong dibiarkan kosong. Alhamdulillah SC muamalat boleh luangkan masa untuk ana wat sikit perbincangan berkenaan isu-isu kampus hari ni.

SC ni ada 8 org, semuanya merupakan naqibah yang menggerakkan usrah kuliah muamalat, banyak topik dan isu yang disoal kepada ana, sampai ada juga yang betul-betul menginsafkan. Inilah antara hikmah yang kita dapat bila berhalaqah, berkongsi pandangan terkadang akan menjurus kita untuk bermuhasabah.

Suka untuk ana berkongsi beberapa topik yang timbul dalam perbincangan SC kami malam tu:
1) Muqaddimah: sabda Nabi SAW: 'Islam bermula secara dagang & akan kembali menjadi dagang sebagaimana ianya
bermula secara dagang, maka beruntunglah bagi orang yang dagang' (riwayat Muslim)

Hadis ni dijadikan muqaddimah bertepatan dengan kondisi ummat Islam hari ini yang dalam fatrah ditindas, ditekan malah dianiaya dari setiap pejuru. Adik2 ni mulanya terpana sekejap, mungkin ayat ana terlalu tinggi kerana belum jelaskan lagi mafhum hadis. Tak pe jgn risau, ana pun menjelaskan bahawa nabi SAW telah memberi satu jaminan yang mana umat Islam akan melalui peringkat kemenangan dan kejatuhan, jika sekarang dalam kejatuhan yakinilah bahawa kemenangan itu dah semakin hampir.
Tujuannya di sini ana ingin bagi sedikit semangat kat adik2 ni supaya jangan jemu untuk kita teruskan perjuangan sebagai naqibah2 halaqah usrah, mungkin hari ini kita rasakan usrah yang kita bawa kurang impaknya. Tapi, percayalah usaha kita tak akan sia-sia.




2)Kemudian ana menyoal mereka apa itu ETP (Economic Transformasi Programme)? juga terpegun seketika. 'Apa la k.mayah ni soal benda2 pelik macam tak da kaitan dengan topik' (just yg terlintas kt hati cz, tgok wajah adik2 mcm hairan) Apa benda tu kak? Tanya seorang adik. Ana pun menjelaskan serba sedikit berkenaan plan yang dibentangkan kerajaan minggu lepas dan apa impaknya kepada masyarakat. Terbayang juga garis2 kerisauan di wajah adik2. Kita akui setiap kali ada transformasi kepimpinan akan ada transformasi dari sudut idea dan corak pemerintahan. Tapi, kali ni macam ada sesuatu 'yang merancang disebalik perancang'. Bukan apa ana nak kongsi juga dengan adik2 berkenaan subjek yg kami belajar dalam kuliah terkadang menyentuh agenda2 yg disusun puak kuffar untuk menghancurkan Islam. Senang cerita plan ni pun adalah salah satu agenda yang disusun untuk menghancurkan ummah Islam.

Hendak membentuk masyarakat bukan mudah, tambah2 pula kerajaan dengan bangganya membentangkan ETP kononnya dengan kemasukan hiburan2 antarabangsa dapat menarik ramai pelancong sekaligus meningkatkan income negara. Sedih melihat remaja2 kita yang dilalikan dengan hedonisma yg keterlaluan. Belum hilang kesan konsert Adam Lambert, Islamic fashion festival timbul pula ETP. Dimanakah nilai-nilai islamisasi dalam semua susun atur ini. Bukanlah berniat untuk menyalahkan kerajaan yang sedia ada, tapi hakikatnya salah memang perlu diperbetulkan, tambahan lagi kita adalah mahasiswa, takkan mengangguk saja melihat kebatilan. 'Qulil haq walau kaana murran' 'Menegakkan kebenaran walaupun ianya pahit'

3) Perbincangan kami seterusnya menjurus kepada bidang apa yang adik2 akan ceburi selepas tamat diploma, semuanya bersemangat menceritakan hala tuju masing2, pendek kata jelaslah matlamat hidup diorang. Syukur dapat adik2 macam ni. Sikitlah yang ana pesan kat adik2 ni, kalau boleh umat Islam perlu mempelopori pelbagai bidang profesional & konvensional. Adik2 ni ada yang IT, business management & akaun, ana menyeru untuk mereka terus menjadi pakar dalam bidang masing2 di samping jangan lupa untuk tambahkan juga kefahaman Islam. Sebabnya, IPT lain dah banyak lahirkan graduan Islam yang mahir dalam pelbagai bidang tapi.... tahukan jawapannya.. Target ana, adik2 ni akan mengislamisasikan bidang masing2, kerana semua bidang ilmuan asalnya dari Islam cumanya direbranding dan dipesongkan dari disiplin ilmu Islam oleh barat.. Alhamdulillah semua adik2 jelas dengan perkongsian ini.

4) Seterusnya ana buka kepada isu kampus hari ini, ada juga yang menyentuh isu fatrah exam, kemudian isu persatuan kuliah (PERTEMU). Ana respect kat adik2 ni cara diorang mengurus PERTEMU, kemudian menyusun program kepimpinan untuk ahli PERTEMU. Moga2 segala usaha adik2 mendapat mardhatillah dan dimudahkan segala urusan. Ana pun mula terfikirkan pasal KUDSY, baru-baru ni Timb. S/U dia ada juga jumpa ana mohon bincang pasal Annual Grand Meeting KUDSY, Alhamdulillah, sempat breifing dah kat semua MT KUDSY, plannya semester depan KUDSY akan adakan mesyuarat agung. Inilah kehidupan kampus, masing2 ada peranannya, satu lagi pesanan ana kat adik2 ni, tipulah jika kata kita tak de kerja nak dibuat, amat rugi sekali jika kita hanya makan, tidur, main FB (bual kosong), pergi kuliah, masuk exam, dapat result pun biasa2.. Apa la fungsinya kita selaku mahasiswa jika, tak memandang serta prihatin dengan ummah hari ni. Ana bagi penekanan kt adik2 ni WAJIB atas kita untuk mengambil tahu hal ummah berdasarkan mafhum sabda Nabi SAW: 'Barangsiapa yang tak prihatin dengan urusan ummatku, bukanlah dari golonganku'. Nabi SAW menafikan sesiapa yaang tak ambil endah terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini, tak layak menggelarkan dirinya ummat nabi SAW. wal'iyazubillah.

5) Oleh kerana, jam dah hampir ke pukul 11mlm, ana pun buka kepada soal jawab umum kat adik2. Banyak juga soalan yang dikongsikan antaranya masalah istilah2 Arab yang terkadang ana tuturkan yg adik2 tak faham, maybe silap ana juga la, tak pandai control , tp, ok juga dapat perluaskan penggunaan B.Arab. Bolehlah, tapi kena tengok mad'u kita juga la, jangan nanti mad'u lari cz, dengar naqibah dia cakap Arab. Tp, adik2 ana ni, kalo tak faham diorang tanya, ukhuwah antara kami takkan buat diorang lari. Insya Allah. Konklusi ana sebelum tamat SC kami malam tu mudah je.. Kalau boleh ana nak adik2 ni buang jauh2 rasa jurang antara kuliah mu'amalat & pengajian Islam. Tiada beza antara kita, semuanya bersatu di bawah satu Aqidah yang sama, yang membezakan antara kita hanyalah tinggi dan rendahnya ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Inilah item penting yang Allah timbangkan di mizan kelak. Semua adik2 akui kebenaran hakikat ni. Jadi, dengan lapang hatinya ana menutup halaqah kami malam tu dengan ikatan satu janji untuk sama2 meneruskan perjuangan selaku Hamba Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Bersua lagi di SC yang lain. Wallahu'alam. Salam Imtihan.

No comments:

Post a Comment