kalamullah..

Thursday, January 6, 2011

KULLU 'NTIMA' FIIHI IBTILA'

Salamun a'la manit taba'al huda..

Satu episod perjuangan di bumi barakah telah pun berlalu. Episod tarbiyyah siasiyah telah pun dilalui dan akan terus dilalui oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Tasawwur tarbiyyah Islam semestinya bersifat syumuliyyah, merangkumi tarbiyyah 'aqliyyah, ruhiyyah, jasadiyyah, amniyyah dan termasuk siasiyyah. Tarbiyyah siasi merupakan tarbiyah teramat berat, kerana di hadapan menjanjikan kita dengan pelbagai ibtila'. 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُواْ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk meneg
akkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. AL-MAAIDAH : (35) 



TASAWWUR IBTILA' DIHADAPI RASULULLAH 
Jikalau tiada ujian mungkin tidak dipanggil perjuangan namanya, kerana dalam sirah perjuangan RASULULLAH baginda menghadapi pelbagai ibtila' tatkala dilantik menjadi Rasul. Di lontar dengan batu sehingga berdarah tatkala menyeru umat kepada Tauhid di bumi Ta'if, diugut bunuh oleh golongan musyrikin, dan sebagainya. 

Cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. :

Hakikat perjuangan Rasullullaah juga berhadapan perang saraf hinggalah cubaan-cubaan untuk membunuhnya. Baginda bersama-sama dengan para sahabat baginda turun ke medan perang, berjihad mempertahankan aqidah sanggup mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan harta benda semata-mata memperjuangkan ajaran yang suci ini.

1. Perang Saraf Dalam usaha untuk melumpuhkan daya juang Rasulullah s.a.w., kaum jahiliyah telah menggunakan segala taktik psikologi yang tidak ada langsung kesopanan.

2. Mereka menggunakan ejekan dan kejian serta mempersendakan Rasulullah s.a.w. supaya baginda akan patah semangat dan meninggalkan perjuangan.

Semua ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 

“Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebgaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad) : “Maha Suci Tuhanku! Bukanlah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?” (Al-Isra’: 90) 

INTIMA' WA IBTILA'

Sememangnya apabila menggabungkan diri (berintima') dalam satu perjuangan Islam, kita sudah meletakkan diri atau menjualkan diri kepada Allah. Bergabung kepada Islam berasaskan keimanan, keyakinan, kesedaran, keinsafan, tanggungjawab dan kewajiban sebagai khalifah Allah di alam ini adalah asas yang perlu menjadi keutamaan. Setelah melalui proses intima' yang berterusan kita sering berdepan dengan pelbagai ujian sama ada berbentuk senang dan susah. 

Ujian berbentuk kesenangan, kekayaan, pangkat, jawatan, populariti, kecantikan dan sebagainya sering kali kita terlupa bahawasanya perkara tersebut adalah satu ujian. Ujian berbentuk mental juga sering menganggu tatkala memikirkan kelemahan diri dan pelbagai masalah peribadi, kesusahan, kesedihan, kelaparan dan takut di mana sedikit memberi kesan kepada proses intima'. Ujian-ujian ini telahpun dilalui oleh mereka; Nabi Yusuf (kehandsoman), Nabi Muhammad s.a.w (susah dan senang), Syed Qutb (kesusahan sehingga ke tali gantung ), Hassan al-Banna ( syahid ditembak), Siti Hajar, Zainab al-Ghazali al-Jubaili dan banyak lagi contoh dari sejarah yang berlaku. 

Apa yang menjadi kerisauan yang sentiasa bermain difikiran ialah kemampuan untuk thabat dalam berintima; dengan perjuangan Islam. Lantaran pelbagai ujian yang dilalui dari segenap sudut sering kali membuatkan diri lemah. Kerisauan dengan penyakit-penyakit yang muncul dalam ibtila (ujian), futur, isti'jal, ittibaulhawa (ikut hawa nafsu) dan lemah dalam beriltizam sentiasa bermain dalam fikiran. Sering kali simptom-simptom ini kelihatan pada diri tatkala luntur pada ketaatan, kurang prihatin, dan sebagainya. 

Akhir kata selamat berjuang kepada sahabat-sahabat, semoga sentiasa bergantung kepada-Nya dalam menghadapi ujian-uijian yang bakal dilalui. 

لَا تَهِنُواْ فِى ٱبۡتِغَآءِ ٱلۡقَوۡمِ‌ۖ إِن تَكُونُواْ تَأۡلَمُونَ فَإِنَّهُمۡ يَأۡلَمُونَ كَمَا تَأۡلَمُونَ‌ۖ وَتَرۡجُونَ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا يَرۡجُونَ‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 

Dan janganlah kamu berhati lemah (hilang semangat) dalam mengejar mereka (musuhmu). Sekiranya kamu menderita kesakitan , maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa';104) 

~ Salam Perjuangan buat rakan mahasiswa ~ Ujian perlu didepani bukan dihindari ~

No comments:

Post a Comment