kalamullah..

Saturday, January 15, 2011

Quranic Generation?? Ade ape denganye!!..


Salam alaik! Apa khabar iman sahabat-sahabat semua??? Moga-moga iman kita semua sentiasa sihat walaupun iman kita ni ~yazid wa yanquz~ iaitu adakalanya meningkat mendadak seperti harga minyak petrol dan adakalanya menurun seperti terjunamnya graf berkadar sonsang…Tapi apapun, hakikatnya, kita sendiri yang menentukan kadar turun dan naiknya iman kita..Betul tak?? 
Untuk tulisan kali ni, tajuknya agak pelik sikit iaitu “Quranic Generation”…Apa benda ye “Quran Generation” itu??? Kalau nak diterjemah ke B.Melayu mestilah bunyinya “Generasi Quran” yang tu budak darjah satu pun tahu. 

Tapi apa yang sepatutnya kita semua faham dari istilah “Quranic Generation” ialah satu generasi yang mana menggunakan turasan Quran sebagai panduan dalam setiap detik hidupnya kerana hakikatnya Quran itu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dilagukan sahaja sebaliknya ia perlu menjadi penunjuk halatuju hidup kita semua. Saya teringat satu hadis yg amat popular ketika saya mempelajari subjek Pendidikan Syariah Islamiah time tingkatan 5 dulu iaitu baginda bersabda “Sesungguhnya aku hanya tinggalkan kamu 2 perkara yang mana jika kamu ikut, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-sunnah”,

Kalau diamati betul2, hadis ini terkandung maksud yang begitu mendalam iaitu sebelum wafatnya nabi kita yang tersayang, baginda tidak pernah pun tinggalkan wasiat jawatan ,wasiat harta mahupun wasiat pengaruh kepada kita bagi meneruskan kehidupan tetapi apa yang baginda wasiatkan kepada kita ialah hanyalah sebuah kitab yang mana diturunkan 1400 tahun yg lalu, tidak lain tida bukan ialah Al-Quran sebagai pegangan kita semua. 

Tetapi, persoalannya, adakah kita dah berbuat sepertimana yang nabi sabdakan? Iaitu menjadikan turasan Al-Quran sebagai pegangan hidup kita? Kalau nak dilihat pada zaman yg moden serba mencabar ini, masyarakat semakin sukar utk mendekati kitab yg namanya Quran ini, apatah lagi untuk berbuat sepertimana yang Quran ajarkan. Saya teringat satu hadis yg seolah2 telah menggambarkan apa yg berlaku pada zaman sekarang…iaitu nabi bersabda, “….Sudah hampir tiba satu masa(hari kiamat)dimana tidak tinggal al-Quran itu kecuali hanya tulisannya…..”(Riwayat Baihaqi).

Cukup menggerunkan bukan hadis ini, seolah2 hari kiamat memang dah betul-betul hampir kerana memang telah menjadi realiti masakini bahawa Quran tu hanya tinggal pada tulisan sahaja, tiada penghayatan & pengajaran yg diambil daripada “Surat Cinta ilahi” ni. Kemudian yang sedihnya, hanya sedikit sahaja golongan manusia yang menjadikan Quran sebagai sahabat karibnya dan bahan bacaan utama no 1 dalam hidupnya. Kita lebih suka untuk menjadikan majalah hiburan seperti Mangga, Kreko, Utopia, Mastika, Urtv,& lain sebagai bahan bacaan no 1 dalam hati kita. Betul tak??? ~Kesian kan Quran…~ Tidak ramai yang nak baca dia~ Cuba kita muhasabah diri kita, agak-agaknya dalam satu hari, berapa muka agaknya ye kita dapat membaca Kitab Allah yg suci ni??

Adakah hanya satu muka… atau tak baca langsung dlm satu hari??? Kalau begitulah jawapan kita, kita patut berasa sangat malu dan bersalah kepada manusia yang sangat menyayangi kita iaitu junjungan Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda telah rela diseksa dengan pelbagai azab dan seksaan semata-mata untuk membawa dan memelihara risalah Quran bagi umatnya merasai kenikmatan mukjizat Quran, tetapi malangnya, umatnya tak tahu langsung menghargai pengorbanan yang telah baginda lakukan dgn hanya membaca Quran sekadar ala kadar atau sambil lewa, Zero muka atau satu muka sehari baginya sudah memadai. 

Saya suka berkongsi kekaguman saya terhadap seorang doktor. Kalau nak diikutkan kerjaya sebagai seorang doktor, pastinya begitu sibuk mengubati penyakit, tetapi doktor ini tak menjadikan langsung kesibukannya sebagai satu alasan, kerana dalam keadaannya yang sibuk pun, dia boleh mengkhatamkan satu Quran dalam masa sebulan…

Bagaimana caranya.. Mari sini kita kongsikan..

Dia akan pastikan setiap hari, dia akan membaca sekurangnya satu juzuk setengah..Hebat kan?? Saya pun mase mula-mula dengar macam tak percaya je…ada jugak ye orang yang hebat camtu, bace sehari satu juzuk setengah..Fuhh..mmg kagum habislah…tapi bak kate org putih..~Nothing Imposible~ Semuanya bergantung kepada diri kita juga…kita yang menentukan segala perilaku kita….Nak tau apa rahsianya???Sampaikan dia mampu membaca Quran sehari satu juz??? Dia kate konsepnya mudah je….Benda ini kena konsisten…iaitu setiap kali lepas sembahyang je, wajib bace sekurang2nya 5 muka. So, solat kita ada 5 waktukan…bila 5 didarabkan dgn 5………5x5=25 jadilah 25 muka. Kalo nak diikutkan 25 muka pun dah lebih satu juzuk dah…. Mudahkan konsepnya?? Yg penting mesti tanam keazaman & displin dlm diri utk kosisten baca 5 muka setiap kali selepas solat….

Akhir kata, saya mengharapkan kita semua dapat mengubah diri kita bersama2 kearah kebaikan sepertimana yg dinyatakan dalam surah Al-Maidah ayat ke 48(5:48) iaitu 
“….Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan…..” 
dan menjadi golongan yg disabdakan oleh nabi dalam satu hadis shahih iaitu “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”. 

Ingatlah bahawa jika kita menjadikan Quran sebagai sahabat karib kita semasa didunia ni,Semasa di akhirat kelak,diwaktu kita didalam kesusahan ,Al-Quran itu pula yg akan menjadi sahabat karib kita dgn memberikan kita syafaat utk memasuki syurga yg kekal selama-lamanya…… InsyaAllah. 

Wassalam..
Asrar.

No comments:

Post a Comment