kalamullah..

Wednesday, December 1, 2010

'I-Centric' VS 'We-Centric'



Melihat suasana kelesuan dakwah di kampus pada hari ini, terfikir juga mungkin isu I-centric mungkin membelenggu pemikiran serta tindakan sebahagian kita. Artikel ini mungkin boleh dijadikan ibrah untuk kita membuat satu perubahan dalam usaha kita menjalankan amanah selaku hamba Allah ini dengan lebih efektif. Insya Allah..

Sumber: iluvislam.
Jika dilihat di permukaannya, setiap manusia nampak aman saja. Tetapi apabila kita cuit kepentingan mereka, apa jadi? Melenting mereka. Ada yang sanggup melakukan perkara diluar batasan pemikiran. Kenapa jadi begini? Adakah manusia sekarang ini terlalu 'selfish'?
Jika benar manusia sekarang 'selfish', mengapa mereka 'selfish'? Mana hilangnya nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertolak ansur dan saling mempercayai? Perkara inilah yang mahu saya bincangkan pada artikel kali ini.
Kalau kita perhatikan keliling kita, semua manusia kelihatan sibuk dengan kehidupan mereka. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, itulah keadaan kita manusia. Dengan cabaran yang makin meningkat, kelihatan manusia berlumba-lumba untuk memenangi apa yang dihajati.
Dalam banyak keadaan, ini telah menimbulkan satu suasana pertandingan. Adat pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Dan dalam sebarang pertandingan, wujudkah manusia yang mahu kalah?
Maka wujudlah budaya 'The Law of the Jungle'. Hukum ini menyatakan untuk terus wujud, samada aku bunuh mereka atau mereka bunuh aku. Bunyinya ganaskan? Tetapi itulah yang berlaku jika anda perhatikan keadaan masyarakat kita sekarang ini.
Apa hubungan sikap 'selfish' dan 'The Law of the Jungle'?
Bagi saya, disebabkan suasana hidup kita sekarang telah menimbulkan satu budaya yang mementingkan diri sendiri yang dipanggil sebagai 'I-Centric'. Kewujudan 'I-Centric' ini bukan disebabkan manusia itu mahu jadi begitu tetapi desakan suasana yang menyebabkan mereka perlu begitu. Perlu diingat tiada manusia yang bodoh hingga mahu menyukarkan hidup masing-masing! Tanpa disedari, 'I-Centric' inilah yang akan mengemudi cara fikir dan cara tindak seseorang manusia dalam setiap apa yang dilalui.
Sebagai contoh, katakan seorang CEO telah dilantik oleh lembaga pengarah satu organisasi untuk meningkatkan prestasi organisasi. Jika CEO ini merupakan 'I-Centric', sudah pasti pemikiran asas beliau akan berbunyi begini; "Aku telah diamanah dan bertanggungjawab terhadap jatuh bangunnya organisasi ini".
Apa silapnya kenyataan ini? Disebabkan beliau menggunakan perkataan 'Aku' dalam kenyataan ini, dengan secara tanpa disedari, beliau telah memberi isyarat kepada diri beliau sendiri bahawa aku yang penting dan bukan mereka yang lain dalam organisasi tersebut. Mereka yang lain harus menjadi alat bagi aku untuk capai matlamat ini. Bahayakan?
Manusia sebegini yang berpegang kepada 'I-Centric' ini susah untuk melihat keperluan untuk berpegang kepada konsep 'All for one and one for all' walau mereka hafal segala teori mengenai kepentingan dan kaedah bekerjasama. Mana mungkin mereka menjadi 'We-Centric' (kebolehan berfikir dan bertindak sebagai satu pasukan) jika 'I-Centric' berakar umbi dalam diri mereka?
Dari pemerhatian saya, inilah perkara yang merupakan 'root-cause' kepada wujudnya 'selfish' dalam diri manusia yang sebenarnya merupakan kesan daripada 'root-cause' itu sendiri.
Dalam banyak perkara kita tidak mampu menggunakan tenaga hebat yang ada dalam nilai-nilai murni seperti tolong menolong, bertolak ansur dan saling mempercayai dan juga tenaga hebat dalam kerja berpasukan kerana kita buta kepada apa itu 'We-Centric'. Jika kita buta kepada pemikiran 'We-Centric', mana mungkin ianya dapat mengubah pemikiran 'I-Centric' yang telah sedia tertanam kukuh dalam diri kita?
Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk mengubah dari 'I-Centric' kepada 'We-Centric'?
Kita perlu menwujudkan satu dialog antara kita yang menceritakan kelebihan-kelebihan 'We-Centric'. Sampai bila dialog ini perlu ada?
Sampai semua manusia yang ada dalam satu-satu organisasi itu yakin (convince) dan percaya (trust) bahawa 'We-Centric' adalah lebih baik daripada 'I-Centric'. Selagi belum capai, jangan sesekali berhenti. Ini bukan satu larian pecut 100 meter tetapi merupakan larian 'marathon'. Ini juga merupakan kerja utama pemimpin. Pemimpin tidak harus 'delegate' kerja ini kepada orang lain!
Akhir kata, saya menyakini 'I-Centric' lah 'root-cause' kepada segala kepincangan mengenai kerjasama yang kita lihat sekarang ini. Yang menyebabkan tabiat 'selfish' bermaharaja lela dalam diri kita. Penting sangat isu ini ditangani mulai sekarang juga. Inilah idea baru yang timbul dalam fikiran saya dan saya mahu berpegang padanya.

No comments:

Post a Comment