kalamullah..

Saturday, December 11, 2010

KUASA MAHASISWA..

Mahasiswa Di Malaysia:

Putrajaya, 3.30 : Kira-kira 200 mahasiswa berhimpun memprotes kenaikan harga bahan api dan gula di Masjid Putrajaya sementara tiga orang ditahan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya ketika menyertai himpunan selepas solat Jumaat tengahari tadi.
Tiga mahasiswa tersebut antaranya Mohd Ridzuan Othman, Setiausaha gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Syukri Abd Razab, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS dan Mohd Syahruldeen, wakil aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Mereka ditahan ketika perarakan pulang setelah berjaya menghantar memorandum yang diserahkan oleh Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Mohd Hassan kepada wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Moin Omar di luar pintu pejabat JPM.
Pihak polis dan FRU dilihat mengerumuni lokasi perhimpunan ketika perarakan tersebut berlangsung sambil mengarahkan kumpulan mahasiswa yang berhimpun segera bersurai. Pihak polis juga cuba bertindak ganas ketika kumpulan siswa tersebut melaungkan slogan ‘Hidup Mahasiswa’ dan ‘Student Power’.
Turut hadir Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Shazni Munir Mohd Ithnin, Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak, Mohd Syahid Mohd Zaini dan aktivis mahasiswa lain.
Memorandum yang sepatutnya dihantar kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak itu mengandungi bantahan mahasiswa terhadap kenaikan harga petrol, diesel dan kenaikan harga gula.
Sebelum ini, bertarikh 3 Disember lalu, kerajaan telah mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. – Mahasiswakini
Mahasiswa Di London:

Mahasiswa London turut berdemonstrasi memprotes usul kenaikan harga yuran yang dibawa oleh kerajaan di luar bangunan Parlimen semalam.
Perhimpunan kemudiannya bertukar menjadi ganas apabila pihak kerajaan memenangi usul dengan kemenangan tipis, 323 meyokong dan 302 membantah usul menaikkan had maksimum yuran tahunan di universiti bermula tahun 2012.
Yuran asas kini akan meningkat kepada 6000 pound dengan had maksimum 9000 pound berbanding 3290 pound sekarang.
Mahasiswa yang memprotes turut menyerang dan melempar cat kepada Putera Charles dan isteri yang melalui kawasan tersebut menaiki kereta diraja. – Sumber Berita Harian.
- Apakah perbandingan yang dapat kita lihat di sini, kedua-dua peristiwa adalah dicetuskan oleh mahasiswa, tetapi mengapa tiada penangkapan dibuat di London sedangkan penunjuk perasaan bertindak ganas lagi dengan melempar cat kepada rajanya. Di Malaysia, belum sempat membuat ucapan untuk menyatakan pendirian sudah disekat dan ditahan untuk bersuara, malahan ditahan untuk siasatan lanjut.
"Sebaik-baik pemimpin ialah yang meletakkan keadilan di hadapan"

No comments:

Post a Comment