kalamullah..

Tuesday, August 23, 2011

Anak Kecil : RM10?



"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!"

Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat."

Monday, August 22, 2011

Alat Mencari Rezeki



Seorang aktivis atau pelajar Islam, yang berkecimpung di bidang da'wah sebenarnya masih ringan,

Monday, August 1, 2011

Sembang-sembang Ramadhan.. ~Ramadhan Kareem~


Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt. lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Sunday, July 3, 2011

ZEHRA DI TERUSAN LIMBAT

Usai kelas petang, semua peserta daurah masing-masing mengadakan halaqah untuk perbincangan kelas pagi hingga petang di samping mencari modal dalam sesi soal jawab malam nanti. Seorang peserta yang dikenali sebagai Zehra, dari kampus UM, katanya dari jurusan engineering datang ke arah ana untuk berbincang soal dakwah, katanya ana seorang ja yang dari jurusan dakwah di kalangan peserta. Tapi, sebenarnya ramai lagi cumanya belum berta'aruf dengan semua peserta lagi.

Monday, May 30, 2011

Muslimah Memang Tak Guna...


    Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda  bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

Sunday, May 8, 2011

mukmin yang kuat







Hadis-hadis Rasulullah umpama berlian yang jika dilihat dari apa sudut jua, pasti terdapat pengajaran amat bernilai yang dapat kita ambil darinya. Ayuh kita merenung dan mengkaji salah satu hadis yang  dimaksudkan:

Monday, April 25, 2011

Monolog Diri..(^_^)..

MONOLOG DIRI..


TASAWUF KAN HATI..
SUFI KAN JIWA ....

Terkadang...
rasa diri terbaik di antara yang terbaik...
Perlukah perasaan itu..
mengakui diri yang terbaik di antara yang terbaik....?!
Astagfirullah Al 'Azhiim...
Nau'zubillah min dzalik..

Bukan maksud diri sebenarnya..
tak terniat langsung... jauh sekali..
perlukah perasaan itu..
mengaburi jiwa..

Janganlah diri tertipu..
dengan hasutan halus..
syaitan durjana..
Jangan diri tertipu..
dengan "QARINMU"..
yang seringkali membuat..
diri merasa keliru..

Mengapa...??
Kenapa.....??
perasaan sedemikian perlu hadir..
kala diri menuju jalan ke pangkuan Ilahi..

Wahai sang jiwa..
yang empunya diri..
bertalaqilah dengan kitab pengalaman hidup..
Sesungguhnya..
Indah nian rasa jiwa hamba..
andai hidup bersama Ilahi..

Wujudkan rasa..
khauf...
roja'..
Qona'ah..
dijiwa hamba..
walau sukar merayu hati..
Namun...
sukar lagi merayu IMAN...


Diri bukan sebaik mana..
andai dinilai amalan diri.
yang dibuat bekalan...
hanya sejengkal cuma..

Ya Robbi..
Jangan biarkan..
hati hamba..
terleka dengan tipudaya syaitan Laknatullah..
A'uzubillahiminasyaithonni
rrojiim...


Oh Tuhan..
sucikan hati hamba..
Teguhksn kalimah Thoyyibah..
di hati hamba..
yang nan lara..


HambaMU yang dhoif..

al-asrar (^_^)..

Monday, April 18, 2011

Fikir & fikir...

Manusia sentiasa berfikir dan berfikir selagi anugerah otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini masih dapat berfungsi sebaik mungkin. Terutama dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara, atau mungkin juga berfikir dalam membuat penilaian tentang sesuatu.


Ramai di antara kita sememangnya mengetahui bahawa sesuatu keputusan yang baik yang diputuskan sudah tentu dipengaruhi oleh sudut-sudut pandangan tertentu. Semakin banyak sudut pandangan yang difikirkan maka sudah tentu keputusan dapat dihasilkan dengan cara yang terbaik. Tetapi bagaimana untuk berfikir dari sudut yang berbeza? Inilah yang menjadi sedikit sebanyak persoalan yang sering berlaku kepada mereka yang gagal untuk membuat keputusan yang baik.

      Berfikir dari banyak sudut bermaksud berfikir tentang sesuatu masalah atau perkara yang difikirkan dengan melihat tentang kebaikan dan keburukan, positif dan negatif dan juga tersurat dan tersirat kepada masalah tersebut. Terutama bila permasalahan yang banyak melibatkan antara hubungan manusia sesama manusia. Bukan mudah untuk membuat keputusan dalam situasi seperti ini. Perselisihan faham sering kali akan menjadi lebih buruk jika berfikir hanya dilihat dari satu sudut sahaja dan mendengar dari satu pihak semata-mata.

      Dalam situasi seperti ini cara berfikir amat penting dan perlu sensitif terhadap keseluruhan masalah. Jika konflik seumpama ini hanya difikirkan dari satu sudut sahaja atau mungkin mendengar dari satu pihak sahaja maka keputusan yang diputuskan sudah pasti akan memberi impak yang tidak baik dan juga bakal menyakiti hati sebahagian pihak yang lain.

      Berfikir dari banyak sudut perlu dilakukan secara rasional dan terbuka serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jangan sekali-kali membuat keputusan dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti dalam keadaan marah, sedih atau juga mungkin bersikap untuk kepentingan diri dan peribadi. Andai perkara-perkara ini mempengaruhi setiap sudut pandangan maka sudah tentu keputusan yang dicipta juga tidak tepat dan akan mengundang konflik-konflik yang lebih sukar untuk diselesaikan.


Wednesday, April 13, 2011

SIAPAKAH IKHWAN AS-SAFA?

SEJARAH PENUBUHAN IKHWAN AS-SAFA

Ikhwanus Safa adalah kumpulan para mujtahidin dalam bidang filsafat yang banyak memfokuskan perhatiannya pada bidang dakwah dan pendidikan.

Monday, April 11, 2011

ESEI BERANTAI..

Alhamdulillah.. selamat sudah menjalankan tanggungjawab sepanjang semester membawa usrah. Petang semalam sempat sembang-sembang dalam usrah sebelum semua fokus dengan imtihan. Masing-masing dah ada plan untuk balik kampung memandang durasi imtihan yang jarak agak jauh setiap subjek.
Melihat wajah-wajah mentee yang ceria, rasa sayu pula nak berpisah, tapi untuk memastikan perjuangan ini ada penyambungnya, dua modul sempat selesai dalam usrah pada petang tu. Di sini terdapat hasil karya mentee yang bertungkus lumus menyiapkan di samping memastikan hasil yang berkualiti, let's check it: 

Thursday, April 7, 2011

Menangkal virus...


Tujuh Penawar Menangkal Virus-virus Ukhuwah

Dalam surat Al Hujurat (QS 49) Allah SWT memaparkan 7 penawar bagi kita untuk menangkal virus-virus ukhuwwah yang boleha menghancurkan saf ukhuwwah yang telah dibina.

Monday, April 4, 2011

Pluralism Agama..




Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah:

Tuesday, March 29, 2011

Sempadan Pemisah Antara Mutaqaddimin dan Muta’akhkhirin

الحد الفاصل بين المتقدمين والمتأخرين


Sempadan Pemisah Antara Mutaqaddimin dan Muta’akhkhirin

Monday, March 28, 2011

IBNU TAIMIYYAH:



~Ibnu Taimiyyah~
Abul Abbas Taqiuddin Ahmad bin Abdus Salam bin Abdullah bin Taimiyah al Harrani 

Thursday, March 17, 2011

Pengantar Falsafah Islam


Perbahasan tentang falsafah Islam biasanya berkisar kepada masalah asas dalam epistemologi iaitu sumber wahyu dan akal. Sejak dari dulu hingga sekarang persoalan-persoalan tentang dua sumber inilah yang terus menerus diperdebatkan sehingga timbul beberapa aliran dan mazhab dalam pemikiran Islam.

Sayid Jamaluddin Al-Afghani: Pelopor Islah & Tajdid



Sayid Jamaluddin al-Afghani (1838[1]-1897) merupakan seorang aktivis politik dan nasionalis Islam di AfghanistanIranMesirdan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-19. Beliau merupakan salah seorang pelopor pemodenan Islam.
Sebagai modernis Islam pertama, yang pengaruhnya dirasakan di beberapa negara, Afghani memicu kecenderungan menolak tradisionalisme murni dan westernisme murni. Meski Afghani di kemudian hari --dan sejak meninggalnya-- dikaitkan khususnya dengan pan-Islam, tulisan pan-Islamnya hanya menjadi sebahagian dari dasawarsa penting 1880-an. Dalam hidupnya dia mempromosikan berbagai sudut pandang yang sering bertentangan. Dan pikirannya juga memiliki afiniti dengan berbagai kecenderungan di dunia Muslim. Ini meliputi liberalisme Islam yang diserukan khususnya oleh Muhammad 'Abduh, orang Mesir yang menjadi muridnya.

Tuesday, March 1, 2011

INTIPATI PEMIKIRAN SALAFI


Yang dimaksud dengan “Pemikiran Salafi” di sini ialah kerangka berfikir (manhaj fikri) yang tercermin dalam pemahaman generasi terbaik dari umat ini iaitu para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia, dengan mempedomani hidayah al-Qur’an dan Nabi SAW.

Kriteria/ Intipati Manhaj Salafi yang Benar

Iaitu suatu manhaj yang secara global berpijak pada prinsip berikut :

1- Berpegang pada nas-nas yang ma'sum (suci), bukan kepada pendapat para ahli atau tokoh.

2- Mengembalikan masalah-masalah “mutashabihat” (yang kurang jelas) kepada masalah “muhkamat” (yang  pasti dan tegas) serta mengembalikan masalah yang zanni kepada yang qat’i.
3- Memahami kes-kes furu’ (kecil) dan juz’i (tidak prinsip) dalam kerangka prinsip dan masalah fundamental.
4- Menyeru “Ijtihad” dan pembaruan. Memerangi “Taqlid” dan kebekuan.
5- Mengajak untuk beriltizam (memegang teguh) akhlak Islamiah bukannya meniru trend.
6- Dalam masalah fiqh, berorientasi pada “kemudahan” bukan “mempersulit”.
7- Dalam hal bimbingan dan penyuluhan, lebih memberikan motivasi bukan menakut-nakuti.
8- Dalam bidang aqidah, lebih menekankan penanaman keyakinan, bukan dengan perdebatan.
9- Dalam masalah Ibadah, lebih mementingkan jiwa ibadah, bukan formalisnya.
10- Menekankan sikap “ittiba’” (mengikuti) dalam masalah agama serta menanamkan semangat “ikhtira’” (kreatif dan berdaya cipta) dalam masalah kehidupan dunia.

Inilah inti “manhaj salafi”. Dengan manhaj inilah dibinanya generasi Islam terbaik, dari segi teori dan praktik sehingga mereka mendapat pujian langsung dari Allah di dalam al-Qur’an dan Hadith-Hadith Nabi SAW serta dibuktikan kebenarannya oleh sejarah. Merekalah yang telah berhasil memindahkan al-Qur’an kepada generasi sesudah mereka menghafal Sunnah, mempelopori berbagai kemenangan (futuh), menyebarluaskan keadilan dan keluhuran (ihsan). Mendirikan “negara ilmu dan Iman”. bahkan mereka juga membangun peradaban rabbani yang manusiawi, bermoral dan mendunia. Sampai sekarang masih tercatat dalam sejarah.



“Salafiah” Dirosak oleh Pihak yang Pro dan Kontra

Istilah “Salafiah” telah dirosak rupanya yang sebenar oleh kalangan yang pro dan kontra terhadap “salafiah”. Orang-orang yang pro-salafiah – baik yang sementara ini dianggap orang dan menamakan dirinya demikian, atau yang sebagian besar mereka benar-benar salafiyah – telah membatasinya dalam skop formal dan kontroversi saja, seperti masalah-masalah tertentu dalam Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh atau Ilmu Tasawuf. Mereka sangat keras dan garang terhadap orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka dalam masalah-masalah kecil dan tidak berprinsip ini. Sehingga memberi kesan bahwa manhaj Salaf adalah metod “debat” dan “polemik”, bukan manhaj konstruktif dan praktis. Dan juga memberi impak bahawa yang dimaksud dengan “Salafiah” ialah mempersoalkan yang kecil-kecil dengan mengorbankan hal-hal yang asas. Membahaskan khilafiah dengan mengabaikan masalah-masalah yang disepakati. Mementingkan formal dan kulit dengan melupakan inti dan jiwa.
Sedangkan pihak yang kontra-salafiah mengatakan fahaman ini “terbelakang”, sentiasa menoleh ke belakang, tidak pernah memandang ke depan. Fahaman Salafiah, menurut mereka, tidak menaruh perhatian terhadap masa kini dan masa depan. Sangat fanatik terhadap pendapat sendiri, tidak mendengar suara orang lain. Salafiah dikenali dengan anti pembaharuan, mematikan kreativiti dan inovasi. Serta tidak mengenal modenisasi dan pertengahan.
Sebenarnya tuduhan-tuduhan ini merosak wajah sebenar salafiah yang hakiki dan pendokong-pendokongnya yang asli. Tokoh yang paling menonjol dalam menyebarkan “salafiah” dan membelanya pada masa lampau ialah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah beserta muridnya Imam Ibnul-Qoyyim. Mereka inilah orang yang berjuang mewakili gerakan”pembaruan Islam” pada masa mereka. Kerana pembaharuan yang mereka lakukan benar-benar melengakapi seluruh disiplin ilmu Islam.
Mereka telah menumpas faham “taqlid”, “fanatisme madzhab” fiqh dan ilmu kalam yang sempat mendominasi dan mengekang pemikiran Islam selama beberapa abad. Namun, di samping kesungguhan mereka dalam membasmi “ashobiyah madzhabiyah” ini, mereka tetap menghargai para Imam Madzhab dan memberikan hak-hak mereka untuk dihormati. Hal itu jelas terlihat dalam risalah “Raf’l – malaam ‘anil – A’immatil A’lam” karya Ibnu Taimiyah.
Di samping itu, terdapat juga teguran mereka terhadap “tasawuf” karena penyimpangan-penyimpangan pemikiran dan aqidah yang menyebar di dalamnya. Khususnya di tangan pendiri madzhab “Al-Hulul Wal-Ittihad” (penyatuan). Dan penyelewengan perilaku yang dilakukan para orang jahil dan yang menyalahgunakan “tasawuf” untuk kepentingan pribadinya. Namun, mereka menyedari tasawuf yang benar (shahih). Mereka memuji para pemuka tasawuf yang ikhlas dan robbani. Bahkan dalam bidang ini, mereka meninggalkan warisan yang sangat berharga, yang tertanam dalam dua jilid dari “Majmu’ Fatawa” karya besar Imam Ibnu Taimiyah. Demikian pula dalam beberapa karangan Ibnu-Qoyyim. Yang termasyhur ialah “Madarijus Salikin syarah Manazil As-Sairin ila Maqomaat Iyyaka Na’budu wa Iyyaka Nasta’in”, dalam tiga jilid.

Mengikut Manhaj Salaf Bukan Hanya Sekadar Ucapan

Yang perlu ditekankan di sini, mengikut manhaj salaf, tidaklah bererti sekadar ucapan-ucapan mereka dalam masalah-masalah kecil tertentu. Adalah suatu hal yang mungkin terjadi, kita mengambil pendapat-pendapat salaf dalam masalah yang juz’i (kecil), namun pada hakikatnya kita meninggalkan manhaj mereka yang universal dan seimbang.
 Sebagaimana juga mungkin, kita memegang teguh manhaj mereka yang kulli (universal), jiwa dan tujuan-tujuannya, walaupun kita menyalahi sebahagian pendapat dan ijtihad mereka.
Inilah sikap yang sepatutnya secara peribadi terhadap kedua Imam tersebut, yakni Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnul-Qoyyim. Kita sangat menghargai manhaj mereka secara global dan memahaminya. Namun, ini tidak bererti bahawa kita harus mengambil semua pendapat mereka. Jika kita melakukan hal itu bererti kita telah terperangkap dalam “taqlid” yang baru. Dan bererti telah melanggar manhaj yang mereka pegang dan perjuangkan sehingga mereka disiksa karananya. Yaitu manhaj “nalar” dan “mengikuti dalil”. Melihat setiap pendapat secara objektif, bukan memandang orangnya. Apa ertinya kita protes orang lain mengikut (taqlid) Imam Abu Hanifah atau Imam Malik, jika kita sendiri taqlid kepada Ibnu Taimiyah atau Ibnul-Qoyyim.
Juga termasuk menzalimi kedua Imam tersebut, hanya menyebutkan sisi ilmiah dan pemikiran dari hidup mereka dan mengabaikan segi-segi lain yang tidak penting dengan sisi pertama. Sering terlupakan sisi Robbani dari kehidupan Ibnu Taimiyah yang pernah menuturkan kata-kata: “Aku melewati hari-hari dalam hidupku di mana suara hatiku berkata, kalaulah yang dinikmati ahli syurga itu seperti apa yang kurasakan, pastilah mereka dalam kehidupan yang bahagia”.
Di dalam penjara dan penyiksaannya, beliau pernah mengatakan: “Apa yang hendak dilakukan musuh terhadapku? Kehidupan di dalam penjara bagiku merupakan khalwat (mengasingkan diri dari kebisingan dunia), pengasingan bagiku merupakan rekreasi, dan jika aku dibunuh adalah mati syahid”.
Beliau adalah seorang insan rabbani yang amat berperasaan. Demikian pula muridnya Ibnul-Qoyyim. Ini dapat dirasakan oleh semua orang yang membaca kitab-kitabnya dengan hati yang terbuka.
Namun, seringkali kita melupakan, sisi “dakwah” dan “jihad” dalam kehidupan dua Imam tersebut. Imam Ibnu Taimiyah terlibat langsung dalam beberapa medan pertempuran dan sebagai penggerak. Kehidupan dua tokoh itu penuh diwarnai perjuangan dalam memperbaharui Islam. Disumbat ke dalam penjara beberapa kali. Akhirnya Syaikhul Islam mengakhiri hidupnya di dalam penjara, pada tahun 728 H. Inilah makna “Salafiah” yang sebenarnya.
Bila kita alihkan pandangan ke zaman sekarang, kita temukan tokoh yang paling menonjol menyebarkan “salafiah”, dan paling gigih mempertahankannya melalui artikel, kitab karangan dan majalah pembawa misi “salafiah”, ialah Imam Muhammad Rasyid Ridha. Penulis majalah “Al-Manar’ yang selama kurun waktu tiga puluh tahun lebih membawa “bendera” salafiah ini, menulis Tafsir “Al-Manar” dan dimuat dalam majalah yang sama, yang telah menyebar ke seluruh pelosok dunia.
Rasyid Ridha adalah seorang mujaddid Islam pada masanya. Barangsiapa membaca “tafsir”nya, sperti : “Al-Wahyu Al-Muhammadi”, “Yusrul-Islam”, “Nida’ Lil-Jins Al-Lathief”, “Al-Khilafah”, “Muhawarat Al-Mushlih wal-Muqollid” dan sejumlah kitab dan artikelnya, akan melihat bahawa pemikiran tokoh yang satu ini benar-benar merupakan “Manar” (menara) yang memberi petunjuk dalam perjalanan Islam di zaman moden. Kehidupan amalinya merupakan bukti bagi pemikiran “salafiah”nya.
Beliaulah yang merumuskan sebuah kaedah yang terkenal dan diteruskan oleh Imam Hasan Al-Banna. Yaitu kaedah :
“Mari kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan mari kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeza pendapat.”
Betapa indahnya kaedah ini jika difahami dan diterapkan oleh mereka yang mengaku dirinya sebagai “pengikut Salaf”.



Sumber: Aulawiyat al-Harakah al-Islamiyah fi al-Marhalah al-Qadimah-Dr.Yusuf Al Qordhowi

Wednesday, February 9, 2011

RINDU RASUL

Assalamu'alaikum warahmatullah. ..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Ya Allah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang di pilih Allah untuk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006. 

Nama yang dipilih oleh ayah beliau Syamimi yang bermaksud 'kesayanganku', gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. 

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dengan ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ini memang di uji dengan sakit yang tak tau apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yang tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dah lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. 

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk itu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yang faqih dalam ilmu perubatan Islam sendiri dan akhir sekali dengan seorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah. 

Pagi khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang di gagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu' dengan memapah dinding dan apa yang mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Masa itu beliau dah tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu itu, disebabkan sakit yang mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri". 

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pada kawan-kawan yang lain agar bacakan surah Yasin sebab beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarga beliau untuk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dengan tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. 

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi", -'sekarang enti (kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (fi lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati enti, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana". Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. 

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti". Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati...", dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yang suci mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya RasuluLlah", tapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi  kita yang mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini atau...tak tahulah, waLlahua'lam. .. 

Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya, beliau di kelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .". kemudian beliau pun menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yang akan kita kejar di akhirat kelak. 

Ya Allah, waktu tu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah AlhamduliLlah untuk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular di tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini. 

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yang beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah dah bagi untuk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'. 
Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yang nak Engkau bagi buat hambamu yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah...". kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yang mulia. 
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yang agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti.". kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yang bermaksud: 

" Dan mereka mengikuti apa yang di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu". 

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu di tukarkan Allah dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang dah lebih setahun di tanggung beliau dengan sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar". Kemudian, para sahabat Nabi yang mulia pun pergi. 

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun untuk duduk dengan mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh". Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan". 

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."
..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW.. 

Sumber: emel dari sahabat..