kalamullah..

Monday, April 11, 2011

ESEI BERANTAI..

Alhamdulillah.. selamat sudah menjalankan tanggungjawab sepanjang semester membawa usrah. Petang semalam sempat sembang-sembang dalam usrah sebelum semua fokus dengan imtihan. Masing-masing dah ada plan untuk balik kampung memandang durasi imtihan yang jarak agak jauh setiap subjek.
Melihat wajah-wajah mentee yang ceria, rasa sayu pula nak berpisah, tapi untuk memastikan perjuangan ini ada penyambungnya, dua modul sempat selesai dalam usrah pada petang tu. Di sini terdapat hasil karya mentee yang bertungkus lumus menyiapkan di samping memastikan hasil yang berkualiti, let's check it: 


ESEI BERANTAI KARYA SATU: PERANAN MAHASISWA ISLAM

Saat dan ketika ini, genaplah setahun aku bergelar mahasiswa Islam. Di sini, ingin ku kongsikan beberapa peranan selaku mahasiswa Islam,... aku merasakan terlalu banyak peranan pada mahasiswa, dan aku merasakan bahawa bermacam-macam ujian yang telah aku tempuhi selama berada di kampus dan bergelar sebagai mahasiswa kampus. Aku juga senang belajar dan bergelar mahasiswa sebagaimana kawan-kawan aku. Sebagai mahasiswa Islam, aku mesti menjadi yang terbaik untuk masa depanku. Mahasiswa sekarang menghadapi pelbagai mehnah mendepani cabaran semasa. Mahasiswa berani menyuarakan hak-hak masing-masing, ya, suara mahasiswa suara keramat... sebagai mahasiswa kita mesti ambil tahu isu-isu luar dan membiasakan diri berpesatuan agar diri kita lebih berkredibiliti. Sebagaimana bentuk remaja dan mahasiswa sekarang begitulah bentuk bakal pemimpin akan datang.

ESEI BERANTAI, KARYA DUA: BUMI BARAKAH.

Sewaktu hari pertama di bumi barakah, aku masih belum mengenali apa itu usrah. "Usrah" perkataan ni sering kali aku dengar. Tapi, aku tetap mencari dan terus mencari apa itu usrah. Bagi aku usrah itu 'best' tapi kalau tidak kena gaya usrah itu membosankan. Untuk membuatkan ianya 'best' jadi pengisian usrah itu perlu mantap. Betul tu, usrah itu bagus untuk semua orang, jadi kita sama-sama melaksanakan dengan baik dan sempurna. Aku juga menyokong dari depan dan belakang untuk menjayakan usrah ini di masa akan datang. Begitu juga dengan aku menyokong usrah ini dengan berkonsepkan ukhuwah dengan peingisian yang berkaitan dengan Islam. Aku mengharapkan usrah ini dapat dilaksanakan dengan baik untuk merapatkan ukhuwah dan sentiasa mengenali dan mengetahui apa itu usrah.

Inilah hasil karya lapan orang mentee ana pada petang itu, 8 warna melambangkan 8 idea yang digabungkan dalam satu usrah. Banyak objektif yang ingin dicapai dan hasilnya dapat dilihat melalui idea yang diutarakan untuk melengkapkan esei ini. 

Kemudian, memandangkan usrah ini adalah yang terakhir, ana membuka ruang pada setiap ahli usrah untuk memilih bakal naqibah untuk menggantikan tempat ana untuk sesi depan. Sebelum memilih, ana sempat berpesan agar, pemilihan ini bukanlah atas dasar untuk mengenakan kawan seusrah dan juga orang yang dipilih mestilah orang yang kita rela untuk ditarbiyah olehnya serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan di mata kita, hasil undian adalah seperti berikut: 

1) Siti Nuroni Mohamed : 4 undian.
2) Siti Nur Amira Bahrudin : 3 undian.
3) Zuraida Bt Daud : 1 undian.

Alhamdulilah, kesimpulan usrah pada petang itu betul-betul memberi kesan kepada ana untuk memastikan adik-adik mentee akan terus berjuang. Satu janji ana kepada T. Pengerusi J.Nuqaba' pada suatu petang ialah untuk memastikan 10 orang naqibah ana akan tinggalkan sebelum ana tamat pengajian di KUIN. Insya Allah, moga-moga cita-cita ana akan tercapai.

 Minggu depan ada lagi liqa' usrah.. yang ni usrah tahun dua pula.. nantikan apa pula nak dibuat untuk liqa' last ni..

Jalan-jalan di Gunung Jerai pun boleh!!
Selamat menempuhi imtihan akhir, jangan lupa sebelum menjawab sebarang soalan pastikan selawat dan baca al-fatihah, moga-moga menjadi pembuka hijab dan menjadi penerang hati untuk menjawab soalan.. Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment