kalamullah..

Tuesday, August 10, 2010

SEDIKIT TINJAUAN PROGRAM KAMPUS

Penganjuran program bukan satu tanggungjawab yang mudah untuk direalisasikan. Terkadang kita perlu bijak menyusun tugasan dengan komitmen program, kuliah, jawatan dsbgnya. Ada ketika kita gagal menyusun dan adakalanya Allah mempermudahkan segala urusan kita. Kata kuncinya mudah melalui firman Allah SWT:
'Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya' (At-Talaq:2) 


Telatah orang yang berpersatuan selalu menjadi perhatian di campus, terutamanya jika, kita aktif di 'outdoor' tetapi failed ketika di 'indoor'. Di mana keyakinan mad'u kepada kita untuk mengikut jejak langkah, sekiranya teladan sebegini yang ditunjukkan golongan aktif berpersatuan. 
Jika dikaji semula, golongan sebegini hanyalah minoriti atau sebilangan kecil saja, tetapi bak kalam pepatah 'kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga'. Banyak alasan kita boleh utarakan contohnya: 'pegangla jawatan dulu nanti tahu la peritnya' ataupun 'terpaksa ponteng kelas sebab ada mesyuarat program' ataupun 'masuk kelas pun mesti mengantuk sebab semalam prep kat dewan sampai pagi.. siap buat qiyamulail terus' atau 'mid sem lambat lagi, tak masuk kelas pun tak pe, lagipun semua orang tahu aku orang yang aktif.. tambah pula program tengah running sekarang'  atau dan atau banyak lagi alasan-alasan yang diberikan. 
Tetapi, kalam seperti inilah yang telah membawa 1001 fitnah kepada golongan ini yang kononnya rasa diri hebat kerana aktif tetapi yang sebenarnya mereka inilah gagal sebenar-benar gagal. Kita cuba fikir semula tujuan utama melangkah ke gerbang campus (campus life), of course untuk memegang segulung ijazah, alangkah ruginya jika hanya ada pengalaman tetapi tiada tiket untuk berdepan dengan masyarakat kelak. Perlu diingat masyarakat hanya memandang title kita samada Ust. Dr. Ir. dan sebagainya.
Melihat kepada sejarah kecemerlangan pimpinan MPM di INSANIAH boleh dibanggakan juga kerana ramai yang mendapat keputusan yang cemerlang setanding dengan mahasiswa yang tidak aktif. Malahan, ramai di kalangan x-student yang aktif di campus dapat meneruskan gerak kerja dakwahnya di dalam masyarakat dan sudah bergelar pimpinan di luar sana. 
Hakikatnya kita perlu akui, kemampuan manusia tidak sama tahapnya, ada mampu seimbang walaupun diberikan tugasan serta amanah yang berat, ada juga yang sebaliknya. Selaku pimpinan kita perlu bijak menafsir kemampuan anak buah. Dalam kitab 'Dakwah Wal Qiyadah' karangan Dr. Ali Sayyid, dekan Kuliyyah Usuluddin, ada menyebut bab kemahiran yang perlu ada pada pemimpin, salah satunya bijak membaca serta membahagi kerja kepada rakyatnya.
Perlu juga diingat, bukanlah kita perlu mengambil langkah memboikot keterlibatan dalam program dan sebagainya, tetapi pastikan kefahaman kita dalam menjalankan gerak kerja dakwah Islamiah perlu diletakkan di hadapan. Timbulnya permasalahan sebegini terkadang disebabkan attitud kita yang tergelincir dari niat yang sebenar antara contohnya join program kerana seseorang.. ataupun untuk mendapat keuntungan duniawi ataupun boleh jadi untuk mendapatkan sijil dan banyak lagi kepentingan yang berbentuk kepentingan diri sendiri dan materialistik semata-mata. 
Jika, ini yang diamalkan jauh lagilah kita untuk merealisasikan tuntutan dakwah yang sebenar untuk mengislahkan mad'u dan sebagainya. 
Jika, membincangkan isu dakwah amatlah rumit untuk dirungkaikan kerana pelbagai metod telah direka oleh da'e untuk menarik mad'u, salah satu metod melalui penganjuran program yang menjadi tajuk posting kali ini.  
Setiap kampus mempunyai metod pembawakan dakwah yang pelbagai kerana alam kampus adalah alam untuk kita test metodologi dakwah kita sebelum kita keluar ke lapangan sebenar. jadi, ambillah peluang ini dengan sebaiknya.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri kerana terkadang sifat malas dan tergelincir niat menghinggap di hati. Astaghfirullahal 'azim, moga-moga Allah SWT menjaga kita semua (golongan yang aktif berpersatuan serta cemerlang akdemik) daripada segala fitnah duniawi.  

 
Adhoc Training Course, berlangsung hingga Oktober 2010, kursus diadakan setiap minggu.


Program WAJIB tahunan untuk meraikan kehadiran Ramadhan


1 pembaharuan yang dibawa oleh HEWI MPMKUIN dengan penganjuran program ini.. nantikan selepas raya..

Pelbagai aktiviti menarik serta kelainan konsep akan diserapkan dalam PESKO kali ni.. bermula 19 okt 2010..

halaqah usrah juga diadakan perjumpaan setiap minggu.. petang Khamis berjumpa HU tahun 2, petang selasa dengan HU tahun 1. terkadang jadual berubah juga..

Sedikit coretan untuk renungan..


Cerita ini adalah tentang
Empat orang yang bernama
SEMUA ORANG, SESEORANG,
SIAPA SAJA, DAN TAK SEORANG pun
Ada Tugas penting
Untuk dikerjakan dan
SEMUA ORANG diminta melakukan
SEMUA ORANG yakin bahawa
SESEORANG akan melakukannya
SIAPA SAJA boleh melakukannya
Tetapi TAK SEORANG pun yang melakukannya

SESEORANG menjadi marah tentang itu,
sebab ini tugas SEMUA ORANG
SEMUA ORANG menganggap
Bahawa SIAPA SAJA dapat melakukannya
Tetapi TAK SEORANG pun menyedari bahawa
SEMUA ORANG tidak melakukannya.
Akhirnya
SEMUA ORANG menyalahkan
SESEORANG ketika
TIDAK SEORANG pun melakukan apa yang
Boleh dilakukan oleh SIAPA SAJA.
Tugas siapa sebenarnya?

 

No comments:

Post a Comment