kalamullah..

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN: 'KEHADIRANMU DINANTI, PEMERGIANMU DITANGISI'

Hadirnya bulan Ramadhan selalunya disitilahkan sebagai bulan madrasah, bagaimana kita dapat menaplikasikan sepenuhnya Ramadhan sebagai satu madrasah yang betul-betul dapat mendidik serta mengajar kita untuk benar-benar dapat bergraduasi sebagai hamba yang sebenar-benar taqwa.



Tiada beza dalam Islam warna kulit atau bangsa, yang membezakan hanyalah ketaqwaannya. Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yang berTaqwa” [al-Baqarah : 185]

 Madrasah Ramadhan menjanjikan gandaan pahala yang berlipat kali ganda. Mari kita hitung pahala di bulan ini berbanding bulan lain: 

Firman Allah SWT:- 'Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya  sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya .[Al-an'aam: 160]

Allah SWT memberikan kelebihan khusus hanya untuk Ramadhan dengan setiap amalan diganda 10, jika, dalam surah Al-An'aam menyebut secara umum menunjukkan bahawa bulan selain Ramadhan telah ditetapkan gandaan kepada setiap kebaikan adalah 10, maka, di bulan ini pahala amalan kita ialah 1= 100 kebaikan. Percuma Allah SWT bukakan untuk hambanya yang benar-benar mencari ketaqwaan.   Jadi, mengapa kita masih bermalasan, sama-sama kita rebut peluang ini  berserta niat lillahi ta'ala. 'maksimumkan amalan, tingkatkan kesabaran'. Tapi, jangan pula kita just struggle di bulan Ramadhan saja datang raya terus kembali perangai macam dulu. Di mana istiqamah kita pula. Ingat target yang ingin dicapai madrasah ramadhan adalah melahirkan graduan yang bertaqwa, istiqamah, soleh serta muslih.  

Jangan sekali-kali kita senasib dengan teman di dalam monolog ni..
Dulu maser kecik2;



Mak ngan abah cakap, “kakak kena puasa sebulan,kalau cukup sebulan, mak ngan abah kasi RM30..”

Then, abang plak menyakitkan hati, “Eh kakak,klau ko puasa tak cukup sebulan, ko mana boleh raya!”

Pastu, adik plak menambah, “kakak,kita puasa sama2 ek? nanti boleh raya sama2.”



Sekarang, bila dah agak tua skit..



30 Syaaban..

“bestnyer, esok dah 1 Ramadhan..Yeah,malam nih boleh la pegi Terawikh. Esok pagi nak bangun Tahajud. Then, terus sahur.. Pastu, tak nak tidur dah la..nak solat Subuh berjemaah.. after solat, nak ready pegi kuliah.. so, aku kena bermujahadah!”

..cecewah, biasa la.. time tu azam berkobar2..dalam hati, PAHALA PAHALA PAHALA..


Pertengahan Puasa..

“Aduh, letihnya..bila la nak abis sebulan nih..lambat betul la. Dah la badan letih, otak pun letih gak.. ye la, ari2 kena pikiaq nak makan apa waktu berbuka nanti..dah tu plak,kna Terawikh plak malam nih.. lepas Terawikh,ada tadarus plak.. ish2, depa ni tak reti letih ka? asyik buat program je.. dah la assignment bertimbun lagi tak buat.. alahai,bila nak raya nih..”

..Hmm, time nih dah start merungut dah.. dalam hati, NAK RAYA,NAK RAYA, NAK RAYA..


Dekat2 nak Raya..

“Yes..dah lama aku nantikan saat nih.. assignment dah kurang, kuliah pun dah banyak yang cancel. Boleh la pegi cari baju raya,kasut raya,kad raya..Pastu, kena booking tiket awal2..karang ada yang kena beraya kat kolej plak.. yeah yeah, balik kampung oh balik kampung..”

..tengok tu, dah bersemangat balik.. maklum la,nak balik raya..Rindu kat family..dalam hati waktu nih, RAYA, RAYA, RAYA..

Esok nak Raya!

“Yahoo..Merdeka! esok nak raya.. best betul! Japgi nak iron baju.. then, nak basuh pinggan.. curtain dah pasang tadi.. esok nak pegi umah kawan2. Horey!!! Gembira rasanya.. akhirnya dapat jugak aku puasa penuh tahun nih.. Alhamdulillah..”

..A’ah,Alahamdulillah..waktu nih dalam hati, MERDEKA!!


Lepas Raya..

“isk3, menyesalnyer aku.. Rasa rugi je Ramadhan tahun nih. Apa amalan aku ek? Hmm, aku ada solat Terwikh..tapi.. sometimes ada gak aku ponteng sebab letih.. aku ada gak tadarus,tapi.. bukan slalu.. depend on my mood je.. Hmm,apa lagi ek? Sedekah.. eh, ada ke? Qiyamullail..ish2, boleh kira dengan jari je.. Alamak, Lailatul Qadar..! lupa lak nak cari. Zakat? Fuh,nasib baik abah dah tolong keluarkan zakat.. Ya Allah, menyesalnyer aku.. amalan aku sikit je.. tapi, confirm ke Allah terima amalan aku yang sikit tu? Ruginyer.. hidup lagi ke aku tahun depan??”



..Sahabatku, hari ini milikmu.. gunalah dengan sebaiknya.. ibarat kalam Imam as-Syafie..



“yang paling jauh bukannya bulan, bintang mahupun matahari.. tetapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali.. kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan.. yang ada hanyalah hari ini dan akan datang.. gunakan hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita.. sedangkan semalam telah pergi buat selama2nya..”

Sahabatku, apakah beza dahulu dan sekarang? Terpulanglah pada niat kita..dulu maser kecik2..everyone puasa sebab nak duit..ada gak yang puasa sebab takut tak dapat nak raya.. tapi bila dah besar, niat kita dah jadi matang sikit.. everyone nak rebut Mardhatillah.. fitrah manusia,selalu lalai bila dibuai persekitaran.. sahabatku, refresh niat di permulaan amalan.. kita sering terfikir nak booking tiket bas awal2..tapi yang peliknya, jarang yang terfikir nak booking tiket untuk Syurga Allah.. fikirkan sahabatku, pilihlah 2 jalan dihadapanmu..menghargai Ramadhan dengan penuh penghayatan atau membiarkan ia berlalu tanpa sebarang perasaan..



No comments:

Post a Comment