kalamullah..

Monday, April 4, 2011

Pluralism Agama..




Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah:

  • Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
  • Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
  • Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
  • Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza.

PANDANGAN AGAMA TERHADAP PLURALISM

Islam

Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain. Penyelesaian Islam terhadap pluralisme agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing (lakum diinukum wa liya diin atauuntuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku) [Al Kaafiruun:6].


No comments:

Post a Comment