kalamullah..

Saturday, January 15, 2011

‘ I think sometimes the usrah did insult my intelligence! '



‘I think sometimes the usrah did insult my intelligence! ' Aku terkesima mendengar kata-katanya. Memikirkan apakah perkara yang telah berlaku sehingga lidahnya betah berkata-kata demikian rupa. ‘Saya bukan nak cakap saya ini pandai, tapi saya rasa kadang-kadang usrah itu macam usrah picisan!’ Aku tidak membalas kata-katanya, memohon agar dia meneruskan kata-katanya. Sambil itu aku sendiri merefleksi akan kebenaran kata-katanya. Pernah juga aku berperasaan demikian, tapi perkara itu berlaku hanya sekali-sekala, kebanyakannya di waktu ketika naqibah tidak melakukan persediaan yang cukup untuk usrahnya. ‘Usrah mana yang awak ikut ini sampai awak cakap camtu?’ saya bertanya lembut.
 
Tentu dia bukan anak usrah saya jika saya bertanya demikian. ‘Adalah satu usrah ni saya pernah attend, lepas tu saya rasa macam saya tak dapat apa-apa langsung dari usrah itu sendiri. Saya takleh nak relate apa yang saya belajar itu untuk diri saya.’ Saya tidak membantah kata-katanya. Kadang-kadang sebagai murabbi, kita suka syok sendiri dengan pengisian kita dan kadang-kadang kita lupa untuk memberi pengisian sesuai dengan keadaan mad’u kita itu. ‘ Sebenarnya time usrah itulah tempat untuk kite tegur/ tembak adik-adik kita itu. Tempat mereka berubah. Usrah bukan tempat mentransfer ilmu‘ teringat kata-kata seorang ukthi padaku. Hasan albanna mengajar kepada kita akan 3 rukun usrah yang telah lama kita hafal tapi mungkin sangat kurang perlaksaannya secara amali.
 
Itulah dia taaruf- tafahum- takaful Rasulullah bersabda: ‘Kasih sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang beriman adalah ibarat satu tubuh.’ Rata-rata kita tidak cukup mengenali anak usrah kita sendiri sehingga usrah kita itu relevan untuk mereka. Kerana itu mungkin usrah kita itu dikatakan usrah yang picisan. Usrah yang tidak merubah perasaan mahupun hati mad’u yang mendengar.
 
‘Aku rasa kalau akak tu kasi usrah yang best-best mesti aku ikut.. Takdelah cakap pasal hasan al-bana je, bosan arh!. Sekarang aku dah malas dah.’ Itu jawapan rakan sekelasku ketika aku bertanya kenapa dia cuma datang usrah sekali sahaja.
 
Mungkin kerana sikap kita, mungkin juga kita terlalu cepat untuk memberikan sesuatu, menyebabkan proses taaruf kita itu belum cukup matang bagi kita untuk memberikan sesuatu yang sebenarnya terkena pada mad’u kita. Kadang2 kita terlalu nak mengkhatamkan silibus, nak pastikan dia dapat banyak bahan,
sedangkan kita lupa untuk menghadamkan dia dengan kefahaman. Kita lupa untuk memandu dia dalam dakwah, kita kurang masa interaksi dengannya sehingga kita tak tahu apa yang perlu kita ubah dalam diri dia..

Mungkin sebab itu kadang2 usrah kita itu digelar dengan usrah picisan! ‘ Aisyah, apasal rasa cam high level sangat usrah kita ni? Nape tak cakap tentang benda-benda simple sahaja?’ pernah anak usrahku menegur saat aku membentangkan tajuk ‘ar-ridha’. ‘Ini bukan simple ke sebenarnya?’ dan aku perasan sendiri yang anak usrahku faham apa yang aku bentangkan sedangkan mereka tidak.
 
‘Untuk permulaan usrah, tak perlu terus bentangkan materi usrah dalam arabic tu, bentangkan benda2 simple dahulu, lama-lama tu baru kasi pengisian yang berat sikit,’ seorang ukht pernah menegurku. Dan di saat itu, aku sangat eager jika aku dapat menghabiskan silibus usrah walaupun mungkin materi usrah mungkin tidak relevan dengan keadaan mad’uku. Makcik Zah pernah bercerita pada kami, ‘ Antum dah kene prepare untuk next usrah bile sahaja usrah antum habis untuk minggu itu’
 
Berapa ramai antara kita ketika membentangkan bahan usrah hanyalah membuat persediaan sejam sebelum bermulanya usrah? Atau berapa ramai antara kita tak bersedia langsung? Maka adakah wajar kita berharap mad’u kita akan menjadi lebih baik dari kita? Tentu sahaja, persediaan itu bukan sekadar persediaan bahan material itu sahaja, tetapi persediaan dari sudut amalan kepada apa yang nak disampaikan. itulah yang selalunya yang kita gagal untuk lakukan…
 
Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya sedkit yang mampu bersabar ketika beramal, dan sedikit di antara yang sabar ini yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan amal nekad’ ( Hasan Al-Banna)
 
Aku bersyukur ada manusia yang sudi menegur kelekaan manusia bernama daie ini. Alangkah bagusnya jika ramainya manusia seperti beliau, yang mengetuk kepala dan hati manusia yang tidak suci dari dosa hanya setelah memakai pakaian duat. Dengan ini sajalah kita dapat tahu, sejauh mana kite telah pergi dari sudut amal dakwah kita.
 
Kenallah dengan mutarabbi kita dengan sepenuh hati kita. Kenali kelemahan dan potensi mereka. Peka dengan turun naiknya emosi mereka. Jadilah manusia yang dekat di hatinya.
 
Moga tiada lagi istilah usrah picisan dilontarkan ke muka kita. Moga-moga usrah kita menjadi usrah harapan ummah, wasilah mencetak manusia seperti Mus’ab mahupun Rumaisa bin Milhan..

Wassalam.
Asrar

Sumber: halaqahonline.net

No comments:

Post a Comment